-[ Tarbiah Pemangkin Ummah ]-


DEFINASI TARBIAH Sesuatu method yang terbaik yang mampu berinteraksi bersama fitrah manusia dikemukakan sama ada arahan secara langsung ( perkataan ) atau tidak secara langsung ( قدوة ) bertujuan mengubah ke arah yang lebih baik melalui dan menepati minhaj dan wasilah yang tertentu .

MATLAMAT TARBIAH ISLAMIAHTarbiah Islamiah mempunyai tujuan –tujuan asas dan kepentingannya yang tersendiri .Di antara matlamat tersebut :

1. Pengabdian diri kepada Allah berdasarkan apa yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah S.A.W
وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون الذاريات 56
Maksudnya : “ Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk melakukan ibadah kepadaKu”

2. Menjadi khalifah Allah di muka bumiFirman Allah :
اني جاعل في الأرض خليفة البقره 30
Maksudnya : “Sesungguhnya Aku menjadikan seorang khalifah di muka bumi ”

3. Taaruf di kalangan manusiaSebagaimana Allah berfirman :
يأ يها الناس انا خلقناكم من ذكر وانثى وجعلناكم شعوبا وقبا ئل لتعارفوا ان اكرمكم عند الله اتقاكم الحجرات 30
Maksudnya : “Wahai manusia Aku menjadikan kamu lelaki dan perempuan serta berbangsa –bangsa dan berpuak –puak supaya kamu saling kenal mengenali di antara satu sama lain ”
Faktor di atas merupakan matlamat asas kepada Tarbiah Islamiah dan di sana masih banyak lagi matlamat –matlamat lain mengikut pendekatan wasilah tarbiah yang dibawa .

FAKTOR KEJAYAAN TARBIAH

1. Keyakinan yang teguh , bahawa tarbiah adalah satu–satunya wasilah yang dapat mengubah masyarakat dan seterusnya membentuk petugas dakwah supaya dapat bergerak dalam masyarakat .

2. Adanya Manhaj Tarbiah yang mempunyai matlamat tertentu , perancangan –perancangan yang tertentu , sumber yang jelas , bersifat syumul dan mempunyai kaedah dan pendekatan yang berbagai di mana ianya ditegaskan di atas falsafah kefahaman yang terang dan dicedok terus dari ajaran Islam yang tulen .

3. Dijawat sebilangan Murabbi yang Ikhlas , berkemampuan dan amanah dalam melakukan tugas mereka .

Dengan adanya faktor –faktor kejayaan tersebut pasti akan lahir satu ketamadunan manusia yang bersifat rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak, mengumpulkan antara ilmu dan iman, antara kebendaan dan maruah, mengimbangi antara dunia dan akhirat di samping menjaga nilai dan kehormatan manusia .

CIRI –CIRI TARBIAH ISLAMIAH
Antara keistimewaan Tarbiah Islamiah itu mempunyai beberapa ciri khusus yang tidak terdapat pada sistem tarbiah yang lain , kerana ia merupakan satu bentuk tarbiah yang diasaskan di atas prinsip aqidah yang mendapat suluhan dari Wahyu Ilahi . Antara ciri tersebut ialah :

Ketuhanan (Rabbani) Ciri Ketuhanan atau Keimanan dalam Tarbiah Islamiah merupakan ciri terpenting kerana tujuan utama dari pendidikan Islam adalah membentuk manusia yang beriman kepada Allah .Hakikat Keimanan bukanlah hanya kata –kata yang diucap dengan lidah semata –mata .Tetapi ianya merupakan suatu hakikat yang meresap ke dalam akal , mempengaruhi perasaan dan menggerakkan kemahuan , bahkan ianya merupakan keyakinan hati yang dibuktikan kebenarannya dengan amal perbuatan .Firman Allah :
انما المؤمنون الذين امنوا بالله ورسوله ثم لم ير تابو ا وجاهد و ا با موالهم وانفسهم في سبيل لله اولئك هم الصا دقون الحجرات 15
Maksudnya : “Sesungguhnya orang –orang yang beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul kemudian mereka tidak ragu –ragu serta mereka berjuang dengan harta benda mereka pada jalan Allah , mereka itulah orang benar.”

Sesungguhnya tunggak Tarbiah Rabbaniah adalah hati yang hidup .Sentiasa berhubung dengan Allah , meyakini pertemuan denganNya dan hisab , mengharapkan rahmat dan takut kepada siksaan , kerana hakikat manusia adalah terletak pada kebersihan jiwa dan kesejahteraan hatinya .

Sempurna dan lengkap
Di antara sifat –sifat Tarbiah Islamiah itu yang mana ianya mestilah syumul sebagaimana syumulnya Islam .Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek kerohanian dan akhlah sahaja, seperti penumpuan yang dinyatakan oleh bidang tasauf dan akhlak tanpa menafikan bahawa itu juga adalah wajib
Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek mengemukakan teori akliah ( عقليه ) sahaja seperti penumpuan yang dibincangkan oleh ahli falsafah, dengan menyedari bahawa akal juga mempunyai peranannya, meliputi roh dan jasad, hati dan akal, akhlak dan sikap, yang menjadi bekalan di masa senang dan susah, gembira dan derita, damai dan perang yang memungkinkan seorang itu menghadapi segala cabaran dalam diri dan masyarakat.
Oleh itu, Tarbiah mestilah meliputi Tarbiah Rohaniyyah, tarbiah Ijtima’iah dan sebagainya berdasarkan kesyumulan Islam dalam aspek akidah dan kaedah, syariah dan nizam (نظام)

Kesederhanaan (الوسطية ) dan Keseimbangan
Kaum muslimin merupakan umat pertengahan di kalangan umat , dan Islam agama pertengahan di antara agama yang lain .Ahli Sunnah merupakan golongan pertengahan di antara firqah .Oleh itu , pemuda –pemuda Islam mestilah menjaga keseimbangan antara akal dan perasaan , antara benda dan roh , antara teori dan praktik , antara individu dan masyarakat , antara mesyuarat dan taat .
Sesuai dengan ini Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 143:
Maksudnya: Dan demikianlah Kami jadikan kamu suatu ummah pertengahana supaya kamu menjadi saksi (Pemberi keterangan ) kepada manusia dan rasul menjadi saksi kepada kamu.

Justeru, tarbiyah Islamiyah amat mementingkan masalah kesederhanaan dan keseimbangan mendidik individu dan masyarakat muslim bagi melahirkan sesuatu generasi mukmin yang terbaik serta terpilih sebagai tentera agama Allah ini.
Al-Ukhuwwah Al-Islamiyah

Tarbiyah Islamiyah yang mengutamakan persoalan persaudaraan. Addaiyah Al-Islamiyah Abdullah Al-Khatib pernah menyebut dalam memperkatakan konsep Al-Ukhuwwah itu, antara lain katanya:
Al-Ukhuwwah dalam Islam bukanlah semata-mata percakapan di lidah sahaja atau biukanlah ia sesuatu percakacapan yang kosong semata-mata , tetapi ia merupakan ikatan hati dan jiwa melalui ikatan yang paling mahal daripada ikatan yqang lain dan ukhuwwah itu saudara kepada keimanan, manakala perpecahan itu saudara kepada keekufuran dan kekuatan utama umat Islam adalh berpunca daripada kekuatan perpaduan sedangkan perpaduan(وحدة) ini tidak lahir melainkan wujudnya kasih sayang yang semata-mata kerana allah dan sekurang-kurangnya peringkat ukhuwwah itu berlapang dada manakala setinggi-tinggi ialah mengutamakan sahaabtnya lebih dari diri sendiri.