Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku
Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan
dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:
"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah):
memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong
kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari,
bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab:
"Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."
(Hadis riwayat Muslim)
Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku
tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah
menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang
mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.
Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala
kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.
usah lah kita mempunyai kuku seperti ini...!!!
Waktu Memotong Kuku
Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil
perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang
kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang
itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku
tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana
diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :
"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong
misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami
tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."
(Hadis riwayat Muslim)
Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat
memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana
disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid
untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.
Rasulullah S.A.W Bersabda, Yang Bermaksud Barang
Siapa Yang Mengerat Kukunya Pada ;
Hari Sabtu | Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit. |
Hari Ahad | Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan. |
Hari Isnin | Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat. |
Hari Selasa | Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit. |
Hari Rabu | Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. |
Hari Khamis | Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. |
Hari Jumaat | Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. |
.............................................
Hukum Solat Berjemaah
1. Bagi penganut mazhab Syafie, solat berjemaah itu adalah fardhu kifayah. Bukan wajib bagi setiap orang tapi sudah cukup bagi sebilangan orang mengerjakannya dalam satu kampung atau kariah, melepaskan dosa yang lain. Tapi jika yang lain buat juga, maka bagi mereka masing-masing dapat pahala fardhu kifayah. Berbeza dengan Mazhab Hanbali yang mengatakan solat berjemaah itu fardhu ain, wajib bagi setiap orang.
2. Sebahagian ulamak mazhab syafie berkata solat berjemaah itu bukan fardhu kifayah, tetapi sunat muakkad sahaja. Maksudnya bawah sikit tingkatannya daripada fardhu kifayah. Sangat dituntut tetapi bukanlah sampai menjadi dosa jika tidak dilakukan dalam satu kampung atau kariah. Namun yang dipegang oleh kebanyakan ulamak mazhab syafie ialah pada hukum fardhu kifayah.
3. Tercatat dalam kitab Sabilal Muhtadin, bahawa untuk terhasil fardhu kifayah mestilah solat jemaah itu nyata syiarnya. Memahami maksud ini, tidak memadai solat jemaah di rumah pada satu kampung atau kariah, untuk dikira sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Untuk itu, dalam sesuatu kampung atau kariah mesti didirikan samada masjid atau surau agar dapat ditegakkan solat berjemaah. Agar dengan itu nyata syiar Islam bilamana ramai orang mendatangi masjid atau surau untuk mengerjakan solat berjemaah.