Tuesday, February 8, 2011
Muqaddimah
Tidak dinafikan bahawa tarbiah Islamiah memainkan peranan yang penting dalam memberikan kefahaman yang benar dan jitu tentang Islam .Ini adalah kerana Islam yang dianuti dan diyakini ini sepatutnya difahami dengan fahaman yang syamil dan meliputi semua aspek kehidupan manusia dengan ianya (الدين المنهج ) yang diturunkan untuk menjaga kemaslahatan hidup manusia dunia dan akhirat .Justeru itu demi menepati kehendak yang suci lagi murni tersebut maka fikrah tarbiah Islamiah syamilah itu sepatutnya dimanfaatkan oleh Muslim yang meletakkan Allah sebagai Khaliqnya dan Rasulullah sebagai (قدوة ) .Seterusnya kefahaman yang telah meresap ke dalam jiwa tersebut dapat dialirkan dan disebarkan ke dalam masyarakat bertujuan untuk mendorong mereka ke arah memberi al-‘Ubudiyyah dan wala ‘ hanya kepada Allah semata-mata .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment